Kursus Juruaudit Dalaman (Wajib JAD)

Kursus Juruaudit Dalaman (Wajib JAD)

Kursus Juruaudit Dalaman (JAD)

Rakaman Video 6 Modul ini membolehkan anda menguasai keseluruhan intipati Wajib JAD. Ianya merupakan rakaman penuh sesi seminar yang dihadiri oleh ALK seluruh negara sebelum ini. Kini ianya untuk anda sebagai syarat untuk anda menduduki peperiksaan Kursus Wajib JAD ini.

Sesi ini mengandungi 6 Modul utama;

  • Modul 1 – Pengenalan Kepada Pengauditan Dalaman
  • Modul 2 – Peranan Kuasa dan Kewajipan Jawatankuasa Audit Dalam
  • Modul 3 – Sistem Perakaunan Koperasi
  • Modul 4 – Sistem Kawalan Dalaman dan Penilaian Pendedahan Risiko
  • Modul 5 – Tatacara Pengauditan dan Kertas Kerja Audit
  • Modul 6 – Laporan Audit

 

Ianya adalah rakaman sebenar Kursus Wjib JAD yang dikendalikan oleh MKM untuk semua Ahli Lembaga Koperasi (ALK)

Berapa Kos Untuk Akses?

Bayaran kursus RM50 dikenakan. Dengan mempunyai akses, anda akan dapat menonton video dan mengambil peperiksaan di cawangan / zon / ibu pejabat Maktab Koperasi Malaysia.

Bagaimana sistem berfungsi?

Anda akan diberikan video bagi setiap modul untuk ditonton. Selepas selesai setiap modul, ada 10 soalan kuiz yang perlu dijawab. Soalan berdasarkan apa yang dipelajari dalam video. Setelah selesai kuiz, anda akan dibawa ke modul yang seterusnya.

Anda perlu menghabiskan keseluruhan modul dan menduduki penilaian akhir kursus untuk mendapatkan sijil Kursus Wajib JAD.

Selamat belajar!

 

Ambil Kursus Ini

Kursus Materials

Video, slide, nota