Kursus Pengurusan & Pentadbiran Koperasi (Wajib 1)

Kursus Pengurusan & Pentadbiran Koperasi (Wajib 1)

Kursus Wajib 1

Rakaman Video 4 Modul ini membolehkan anda mendapat maklumat penuh dan terus memiliki  Sijil Lulus Kursus Wajib 1 yang merupakan komponen wajib lulus Maktab Koperasi Malaysia.

Sesi ini mengandungi 4 Modul utama;

  • Modul 1 – Latar belakang & Kefahaman Mengenai Koperasi
  • Modul 2 – Perundangan Koperasi di Malaysia dan Aplikasi
  • Modul 3 – Tugas dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi
  • Modul 4 – Tadbir Urus Koperasi

Modul ini merupakan rakaman sebenar Kursus Wajib 1 yang dikendalikan oleh MKM untuk semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK)

Berapa Kos Untuk Akses?

Bayaran kursus RM50 dikenakan. Dengan mempunyai akses, anda akan dapat menonton video dan mengambil peperiksaan di cawangan / zon / ibu pejabat Maktab Koperasi Malaysia.

Bagaimana sistem berfungsi?

Anda akan diberikan video bagi setiap modul untuk ditonton. Selepas selesai setiap modul, ada 10 soalan kuiz yang perlu dijawab. Soalan berdasarkan apa yang dipelajari dalam video. Setelah selesai kuiz, anda akan dibawa ke modul yang seterusnya.

Anda perlu menghabiskan keseluruhan modul dan menduduki penilaian akhir kursus untuk mendapatkan sijil Kursus Wajib 1.

Selamat belajar!

 

Ambil Kursus Ini

Kursus Materials

Video, slide, nota