Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 2)

Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 2)

Kursus Wajib 2

Kursus Wajib 2 : PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI merupakan kursus siri ke-2 yang wajib diikuti oleh setiap ALK. Secara keseluruhannya, kursus ini membincangkan mengenai beberapa aspek pengurusan kewangan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh barisan kepimpinan koperasi. Aspek pengurusan kewangan ini merangkumi peranan dan tanggungjawab ALK dalam hal ehwal pengurusan kewangan, kemahiran untuk membaca dan menganalisis penyata kewangan koperasi, menilai prestasi koperasi berasaskan maklumat kewangan dan bukan kewangan, seterusnya menguruskan modal kerja koperasi dengan cekap dan berkesan.

Justeru, kursus ini dibahagikan kepada 4 modul utama iaitu :

  1. Pengenalan Pengurusan Kewangan Koperasi
  2. Menganalisis Prestasi Koperasi
  3. Mengurus Modal Kerja Koperasi
  4. Mengurus Tunai dan Kecairan

 

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat :

  1. Mengenal pasti maklumat dan data yang diperlukan untuk menganalisis prestasi koperasi
  2. Menggunakan kaedah penilaian kewangan dan bukan kewangan untuk menilai prestasi koperasi
  3. Mengenal pasti kaedah bagi mengurus modal kerja dengan efektif

 

Berapa Kos Untuk Akses?

Bayaran kursus RM50 dikenakan. Dengan mempunyai akses, anda akan dapat menonton video dan mengambil peperiksaan di cawangan / zon / ibu pejabat Maktab Koperasi Malaysia.

Bagaimana sistem berfungsi?

Anda akan diberikan video bagi setiap modul untuk ditonton. Selepas selesai setiap modul, ada 10 soalan kuiz yang perlu dijawab. Soalan berdasarkan apa yang dipelajari dalam video. Setelah selesai kuiz, anda akan dibawa ke modul yang seterusnya.

Anda perlu menghabiskan keseluruhan modul dan menduduki penilaian akhir kursus untuk mendapatkan sijil Kursus Wajib 2.

Selamat belajar!

 

Ambil Kursus Ini

Kursus Materials

Video, slide, nota